Shopping :)

Shopping mmg menjadi kegilaan sume org esp.girls la kn..tpi ade gk boys yg suke shopping gk..cume bilangan dorg je skit,tu la nmpak cm dorg nie jenis yg xsuke shopping kan..oky,untk post kli nie nk share skit some tips untuk shopping...so enjoy kay :)

1) Elakkan dari membeli pakaian, aksesori ataupun apa-apa sahaja jenis produk yang anda rasa tidak membuatkan anda nampak lebih cantik. Walaupun kelihatan cantik, tetapi jika anda tidak berasa selesa ataupun cantik ketika memakainya, pembelian barang tersebut hanya akan membuang duit sahaja. 

2) Jangan beli kasut yang bersaiz terlalu besar ataupun kecil, walaupun ditawarkan dengan potongan diskaun yang lebih daripada 50%!

3) Beli barangan yang diingini, hanya kalau ianya boleh disesuaikan dengan sekurang-kurangnya empat item lain yang terdapat dalam almari pakaian anda agar anda tidak menyesal. 

4) Tidak kira betapa menarik, 'trendy' mahupun murahnya harga barangan tersebut, elakkan dari membelinya sekiranya anda tidak dapat menggambarkan diri anda memakainya lebih dari sekali. 

5) Benar, setiap orang wanita memerlukan sekurang-kurangnya sehelai 'dress' berwarna hitam tetapi jangan membelinya jika anda sudah mempunyai terlalu banyak koleksi jenis pakaian yang sama. Cuba beranikan diri dan belilah sesuatu yang berlainan.

sources:yahoo :)

xoxo
amira


No comments:

Post a Comment